Anugerah Telenovela adalah acara tahunan bagi meraikan dan memberi penghargaan yang sebaiknya kepada karyawan, penulis dan penerbit tempatan, serta kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan filem atau karya audio dan visual yang beradaptasikan dari Book2Screen.
Tahun 2023 merupakan tahun yang kesembilan ianya dilangsungkan untuk meraikan semua anak-anak seni dalam industri kreatif tempatan. Berlandaskan konsep perpaduan dan penyatuan, sumbangan dan penyertaan aktif dari semua pihak, kami amat yakin ianya akan memberi impak positif dan motivasi kepada karyawan dalam menghasilkan karya-karya baharu yang lebih berkualiti dari masa ke semasa.
Melalui konsep “Undi sambil Menderma”, ianya akan membantu Yayasan Pembangunan Buku Negara dalam merealisasikan arahtuju karyawan, penulis dan penerbit serta bakat muda dalam menghasilkan karya agung yang akan dihargai dalam acara tahunan Anugerah Telenovela Tempatan
Atas sebab itu, setiap undian anda amat kami hargai dan kami ucapkan Jutaan Terima Kasih.
Sumbangan anda akan dikawalselia secara rapi oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dan ianya akan dilaburkan semula kepada karyawan, penulis dan penerbit tempatan dalam usaha berterusan dalam penghasilan karya agung tempatan untuk tatapan peminat di Malaysia dan di luar Malaysia.
Yayasan Pembangunan Buku Negara akan mengoptimiskan penggunaan dana terkumpul melalui program undian ini dalam memastikan Anugerah Telenovela akan dapat diadakan dari tahun ke tahun dalam meraikan warga industri kreatif tempatan dan kelab peminat.
Kami yakin dapat menggalas tanggungjawab dan amanah ini, dan memberi sokongan padu dalam penghasilan karya agung serta terbaik oleh bakat tempatan dalam mewarnai industri kreatif dan telenovela di Malaysia untuk beberapa tahun mendatang ini.