Perlindungan Data Peribadi (PDPA)

Ketahui perlindungan data peribadi (PDPA) di portal @Anugerah Telenovela.

TUJUAN DATA PERIBADI

Data peribadi bermaksud sebarang maklumat yang digunakan dalam transaksi komersial yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan subjek data, seperti yang dikenal pasti daripada maklumat tersebut. Data boleh direkodkan sama ada secara manual atau elektronik meliputi objektif dan subjektif tanpa mengira maklumat sumber yang diperolehi termasuk maklumat asas (cth nama, alamat dan nombor kad pengenalan) sehingga maklumat sensitif (cth rekod perubatan dan kesihatan) atau sebarang maklumat lain yang ditentukan oleh Menteri di bawah Akta dari semasa ke semasa.

Beberapa contoh "data peribadi" ialah:-

  1. Nama dan Alamat
  2. No Kad Pengenalan
  3. No Pasport
  4. Maklumat Kesihatan
  5. E-mel
  6. Gambar/Imej
  7. Imej dalam Rakaman Televisyen Litar Tertutup (CCTV)
  8. Maklumat dalam Fail Peribadi
  9. Maklumat Akaun Bank
  10. Butiran Kad Kredit
  11. Maklumat kesihatan (sensitif), contohnya, jenis darah, rekod kesihatan atau keterangan sehingga maklumat sensitif seperti kepercayaan politik, kepercayaan agama, keadaan fizikal atau mental atau apa-apa maklumat lain yang ditetapkan oleh Menteri di bawah Akta dari semasa ke semasa.

DATA PERIBADI SENSITIF

Data peribadi sensitif hendaklah bermaksud sebarang data peribadi yang mengandungi maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental subjek data, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang mempunyai sifat serupa melakukan apa-apa kesalahan olehnya atau mana-mana data peribadi lain yang ditentukan oleh Menteri oleh perintah yang disiarkan dalam warta.